Sunday, February 10, 2013

little Iman, 6Feb13 :)


Assalamualaikum..... 

Selamat Tahun Baru Cina semua. Sumpah semulah semua sumpah seranah terkeluar secara tak sengaja sebab dah macam nak perang dah bunyinya. Serius, duduk dekat rumah sendiri lagi aman tenteram. Mak pun dah berekrut dahi sampai nightmare rasanya. Hahaha. Takpa takpa, tahan sat besok kita pi tengok something that very precious in our family.

Annnnnnnnnnnnnnnnnnnnd, the day have come. Hey there, Mohd Iman bin Mohd Ath-Thaariq welcome to the world darling. Abang named his as Mohd Iman yang ringkas dan padat sebab nama bapak dia pun dah half of form to fill. Rasa excited pulakk ada anak buah, anak buah yang pertama. And mak pulak dah jadi Mak Tok, comel je dengar he he he. Nah, cuci-cuci mata ;

Selamat menjadi Ibu bapa yang baik :)

Why I do have a doubt to see u as a father? muehehe

Mak Tok is excited, exciteeeed !

Kalau ada iras muka CikNgah pun comey jugak kan Iman? hehehe
Iman kecik nih baru je berapa hari tengok dunia. Memang kecil sangat Iman nih, berat masa kakak ipar aku lahirkan pun dalam 2.8 or something la. Then selaput-selaput kulit masih tegar dekat kulit. Mak cakap dalam 1 minggu or 2 minggu akan datang nanti, muka Iman nih mesti berubah, kiranya nampak la sikit muka baby gittew. Im excited, dah jadi Cik Ngah :-)

Saturday, January 19, 2013

D&A


#Bab 1

Hujan turun renyai-renyai. Library lenggang dan agak sunyi. Manalah ada manusia yang sanggup betapa dalam library sejuk-sejuk ni. Air-cond gila maksimum habis bagi pelajar Unisel ni hampir jadi snowman. Kalau bukan sebab nak daftar subjek untuk sem depan, takdanya dia nak datang sini dengan housemates merangkap classmatesnya. Internet dekat hostel tak boleh harap langsung. Jam baru pukul empat petang.

Addin pusing kanan dan kiri. Manalah budak dua orang nih. Pergi toilet apa lama sangat, pengsan ke apa. Addin peluk tubuh. Dia nampak Ana dan Hus menuju ke arahnya sambil tersengih-sengih.

‘Sorry Addin..khusyuk dalam toilet sebab cermin besar hehe..’ Hus gelak. Ana angguk.
Dekat hostel cermin kecik. Nampak kepala ja.. sini bolehlah tengok bontot nih besar mana haha. Kan hus? ‘ Ana angkat kening. Addin dan Hus gelak.

Jom pergi little cafe.. laparlah’ Addin gosok perutnya. 

Jomlah.. Hus nak makan chicken choplah..’ Ana hanya setuju. Faham benar kalau bab makan ni.

Western food di library ni boleh tahan sedap dari mana-mana kedai dalam unisel ni. Sanggup mereka datang sini semata-mata untuk makan kadang-kadang. Hus dan Ana memang sekepala dengan dia kalau bab makan ni. Pantang diajak mesti mahu punya. Kalau ada Anis lagi best. Maklumlah hari minggu macam ni manalah nak lekat dekat unisel sebab dia kerja. Rumah pun dekat Cheras ja. Hus dekat Sepang, tapi dia jarang balik sebab nak saving sikit dia cakap. Ana pula sabah tapi kalau ikutkan hujung minggu dia keluar dengan boyfriend dia. Aku? Huh, tak payah cakaplah. Nak balik dah la jauh dekat kedah.

Hus bukan cakap nak keluar dengan Wan ke besok? Alah, duduk sorang lagi la ni?’ Addin saja tarik muka.

 Hus buat muka. ‘Tak keluarlah. Malaslah nak layan dia..kita orang kan dah takda apa-apa..buat hal masing-masing. So, anda tak sorang-sorangla besok okay.’ Bersinar-sinar muka Addin.

Aie cakap hari tu dia gi mana eh Addin?’ Tanya Ana dengan sedikit kerutan dekat dahinya.

Balik Puchong la, dia cakap mak dia balik..’ Ana muncungkan mulutnya sambil mengangguk.

Ingat jumpa Hada, dengar macam Hada nak datang sini.’ Sampuk Hus. Addin angkat bahu. ‘ entah..rasanya tak kot..’ Aie merangkap roomatenya itu memang istimewa dari yang lain. Berpegang kepada gelaran pengkid, sememangnya ramai yang sudah jelas tentang perangai dan citarasa golongan ini. Dia tidak mahu masuk campur atau melarang Aie dan kehidupan roomatenya itu. Addin takut masalah lain yang muncul sekiranya dia berbuat demikian. Mendiamkan diri adalah penyelesaian yang baik. lagipun, Aie baik dan tidak banyak kerenah.

Kan mak dia datang jemput hari khamis tu..’ Hus tepuk dahi. Ana gelak.
Kitakan sedap tido sebab kelas cancel petang tu..’

*****
 ‘hello..’

‘Assalamualaikum..’ Suara dihujung talian memberi salam. Opss!

Mak..walaikumsalam hehe..’ Addin tepuk dahi. ‘tak tidur lagi?’

Belum tidur la yang boleh telefon kamu nih..buat apa nih?’

Duduk lepak jek mak..kenapa? mak nak bank-in duit lagi ke? Hehe..’

Wahh, duit jek yang dia ingat..kenapa? dah habis ka?’ Addin sengih.

‘ Ada lagi tapi kalau nak tambah tu boleh jek..hehe..kenapa mak call?’

‘Hujung minggu depan boleh balik rumah tak?’

 Serius ja suara mak. Addin diam memikir. ‘boleh mak..kenapa ye?’  Hairan jugak. Takda angin, takda ribut tiba-tiba ja suruh balik.

ada kenduri..abang dapat kerja. Nak buat makan-makan sikit dengan doa selamat..’ Addin angguk faham. ‘ Ouh, okay mak..’

‘ Jangan lupa jumaat depan. Mak suruh abah masukkan duit nanti..’

Talian dimatikan. Buat kenduri abang? Kenduri Makcik aku kahwin hari tu takda pulak mak beria-ria telefon suruh balik. Hairan juga kenapa. Abang nak bertunang sekali ke? Mak tak cakap macam tu pun tadi.

Biar jelah. Saja kot mak suruh balik sebab aku dah lama tak balik. Online kejaplah, harap-harap internet okey. Bayar yuran asrama bukan main mahal, tapi internet macam gampang lagi. Hotspot unisel terpampam di google chrome. Kemudian facebook pula berganti. Addin mengendang jarinya di meja sementara menunggu pages facebook yang sedang loading itu.

Cuba check la kot ada siapa-siapa yang aku kenal tengan online. Notifications pun banyak, friend request pun banyak. Entah siapa-siapa tah yang rajin add aku bukan kenal pun, malas nak approved. Dari home ke profile. Tak ramai pun yang online malam ni. Addin teringat sesuatu. Bukak page Dann kejaplah hehe. Jadi stalker jap kat page dia. Addin scroll sampai habis page Dann. Tak ada apa-apa yang best pun.

Lying is never good

Addin update status. Lying is never good huh? Tapi tentang apa? Tentang hatilah. Hati dia yang sedang bohong cakap dia okey tapi tidak. Masalah dia yang satu, yang dari dulu tak selesai habis lagi. Masalah hati dia dengan Danial hakim yang tak habis-habis datang memburu meskipun sebenarnya hubungan itu dah selesai. Dah nokhtah. Tapi hati dia degil untuk lepaskan rasa sayang tu. Sangat degil sampai dia sendiri yang sakit.

Meskipun sudah lama cerita kisah dirinya dan Dann, namun hatinya masih tegar untuk melepaskan peristiwa itu pergi. Tetapi itu dulu, kini dia sudah selesa dan stabil dengan keadaan dirinya. Apa yang terjadi, biarlah berlalu. Dia tidak akan menahan atau memanggil ia semula. Dia sudah kembali kuat untuk menempuh dan meninggalkannya.

Kalau ada jodoh tak kemana Dee. Kena belajar redha..

Itu yang mak cakap. Memang betul pun, kena belajar redha.

********
*****

Friday, January 18, 2013

D&A


#Prolog
Aku dah nekad nak berhenti belajar..’ sebaris ayat tu kedengaran sayup-sayup sahaja dek kerana ditelan bunyi bising yang berdentam-dentum di dalam minestry of sound. Bad, Juan dengan Akim buat tak endah ja. Dott terus bangun dan keluar dari Minestry of Sound.

Mereka hairan. Juan mengerling jam ditangannya yang nampak samar-samar, dahinya berkerut.
‘ Awal Dott cabut, baru pukul satu kot..’ pekik Juan kuat melawan arus yang berdetam-detum itu. Apehal la mamat tu? Nasib baik datang dua biji kereta. Kalau naik dengan Dott memang berteksi la mereka malam nih. Hujung minggu lepas stress dengan kawan-kawan.

‘ Gaduh dengan cikaro kot? Dengar macam dia cakap something jek tadi..’ balas Bad turut sama memekik kuat. Betul dia macam dengar Dott cakap tapi tak jelas. Juan angkat kening hairan. Akim buat tak peduli. Lagi khusyuk dia layan Lady Gaga yang berdetum-detam tu.

‘Cakap menda? Takkan gaduh dengan Awin kot? ‘ Bad tunduk memikir sejenak.
‘Jom blah, sakit tekak aku jerit jerit macam kena rasuk dalam nih.’ Juan bangun terus spontan tarik tangan Akim yang tengah high semacam tu.

‘ Arghh!!..’ Dott hentak stereng kereta kuat. Tidak cukup dengan tangan kiri, dia hentak dengan tangan kanan. Geram memikirkan pasal belajar. Pasal keluarga yang tak habis-habis dengan masalah. Pasal Awin yang tak pernah faham dengan keadaan. Dott merenung jalan raya yang sesak dengan pelbagai jenis kereta.

Ramai orang yang sanggup datang ke tempat syaitan dari pergi masjid sembahyang sunat. Pakaian tak payah cakaplah. Kalau perempuan tu memang gagal la pegang title melayu dan beragama islam. Pandai ja cakap orang, aku pun sama ja dengan manusia yang berlumba-lumba pergi berexercise dekat club. Jalan di Sunway Piramid sesak. Sesak macam otak dia juga. Cakap perempuan dekat sini seksi habis, Awin tu tak seksi? 


‘ Damn it! ‘ bentak Dott kuat. Volume radio dikuatkan paling maksimum. Sambil memandu dia mengetuk-ngetuk jarinya di stereng mengikut rentak lagu Travie MacCoy. Cuba menenangkan hati dan jiwa yang sangat kusut lagi beserabut. Dott tahu dia sedang marah. Marahkan dirinya yang sangat  rasa tidak berguna. Tapi dia sebenarnya marah bila Awin minta hubungan mereka putus. Gadis itu memang tak pernah cuba fahami dirinya. Segala kemahuan Awin dia turutkan. Apa lagi yang dia mahu? Betapa dia mengharapkan sokongan dari gadis itu, tapi begini pula jadinya. Masalah makin bertambah dan datang tak berjemput. Pelajaranya yang makin merosot. Ayah pulak nak berkahwin lagi. Mama tak habis-habis minta cerai dan mengadu kepadanya. Masalah masalah. Ada awek pon tak boleh nak tolong. Terus minta putus bila aku cakap nak berhenti belajar. I do really need someone to beat off.

Siapa? Ada tak mana-mana kedai punching bag buka pukul dua pagi macam ni hah? Haish makin parahlah kau Dott. Sikit hari memang sah sah duduk dekat tanjung rambutan atau wad bahagia. 

******

Thursday, January 17, 2013

A day with the girls


Assalamualaikum

Uols, today kami berjaya makan nasik ayam kukus dekat Sri Damansara, setelah almost 5 bulan tak makan. kempunan dah hilang, Alhamdulilah.. What's the best about that? Kedai dia bawah pokok je, takda kelas mana pun but dia tetap terbaik wa cakap lu. Sebabnya harga dia berpatutan RM5.50 sebungkus, ayamnya besaaaar and you can pick by yourself mana-mana bahagian yang kita nak. Then memang kenyang. Selalunya time lunch memang penuh orang. kalau sapa-sapa nak try, boleh direct ke Sri Damansara, one way dengan McD semua tuh, good luck for that.

Dah sedap melantak, lepak mcd teman Pot tunggu her partner for discussion dan sat nak settled our online application for PTPTN uols, gila nerd lama dah x buat benda alah nih. Last-last tak boleh buat sebabnya kami tak beli no pin lagi. Gila x ambik kisah hoii. Lepas usaii semua kerja dekat situ, cuba teka where have we been???!

Let's hit the ball babyyyyy, we are here.. Okay, ini semua hasil usaha keras pengaruh dan terpengaruh kami dengan hasutan Pot sebabya dia cakap best! So berhajat nak cuba. Dia dekat One Utama, dan dua hari berturut-turut melepek dekat sini. Guys, boleh park dekat area jusco sebabnya hit the ball nih dekat upper roof ( tingkat atas sekali dekat rooftop). For student yang bawak student card, boleh dapat RM4 for 15balls to hit and for those who's not a student harga dia RM5 tuk 15biji bola.

Cara nak main dia senang ja, this's our first try kecuali Pot la, she's more than 2 times here. Pernah tengok orang main softball tak? Baseball? Hah, macam tuh la. Bezanya kita xda padang and so many players. Sapa-sapa nak release tension boleh datang sini. ada mesin auto yang akan shoot the ball to us, we just need to stay at the white line of box that provide us for, so boleh elak dari tercedera. Mula-mula tengok Pot demo dulu, then my first attempt is fun and I'm success hitting it well.

takyah nak gelak sgt, aku tengokpun dah terbahak dah ha ha ha

Alyaa last minute make up her mind to join us drpd duk tengok ja. pakai heels lagi uols

kemain action, but my 1st attempt is awesome!

Ini senior, ha ha ha

View memang cantiklah, rooftop kan. Relief weh ;)

Tryla, you gonna love it. Habis je hitting, we decide to have tuttis again, dekat OU and abang albino tuh lagi. Mengancam dak? ha ha ha. Tahu tak, sampai je depan tuttis tu, kami terselisih dengan Aiman Hakin Ridza, like OO MM GG, tinggi dan handsooooomenya dia hoi. To bad, laju menonong je dia jalan when he noticed and heard we humming his name. Melepas seyh. Habis ja makan tuttis tuh, balik KL dekat pavillion tengok wayang pulekk.. Inilah yang dipanggil membuang masa tahuu? Siap boleh round B.bintang while waiting wayang start on the time kan. Free habis doh kami nih.. ( Kindly please dont follow our behave, Tak sihat ) Buut wey, aku dah terout of date ke yang orang-otang emas perak pink hijau glitter dekat bukit bintang tuh dah provide version perempuan ala ala barbie gittew. Garang pulak, bila teringat minah-minah indon try to snap  their picture with her without her permission, then dia terus cakap " Hey you took my picture, so u have to pay me" like what the fishh, ha ha ha.

Uols, Alhamdulliah, The Tower pilihan movie kami tak menghampakan. Cerita nih gimik dia macam Titanic sikit. Cerita korea nih ada unsur lawak dan mendebarkan la. Habis je tengok wayang, terus fobia tengok banggunan tinggi-tinggi, kren, lift, bomba. Tapi trauma tak sampai dua hari, lepas tuh relax balik. ha ha ha, over je lebih, So I suggest uols pilih The Tower tuk tengok. Tarak bosan punya meyh! GERENTI (Y) ;D