Friday, January 18, 2013

D&A


#Prolog
Aku dah nekad nak berhenti belajar..’ sebaris ayat tu kedengaran sayup-sayup sahaja dek kerana ditelan bunyi bising yang berdentam-dentum di dalam minestry of sound. Bad, Juan dengan Akim buat tak endah ja. Dott terus bangun dan keluar dari Minestry of Sound.

Mereka hairan. Juan mengerling jam ditangannya yang nampak samar-samar, dahinya berkerut.
‘ Awal Dott cabut, baru pukul satu kot..’ pekik Juan kuat melawan arus yang berdetam-detum itu. Apehal la mamat tu? Nasib baik datang dua biji kereta. Kalau naik dengan Dott memang berteksi la mereka malam nih. Hujung minggu lepas stress dengan kawan-kawan.

‘ Gaduh dengan cikaro kot? Dengar macam dia cakap something jek tadi..’ balas Bad turut sama memekik kuat. Betul dia macam dengar Dott cakap tapi tak jelas. Juan angkat kening hairan. Akim buat tak peduli. Lagi khusyuk dia layan Lady Gaga yang berdetum-detam tu.

‘Cakap menda? Takkan gaduh dengan Awin kot? ‘ Bad tunduk memikir sejenak.
‘Jom blah, sakit tekak aku jerit jerit macam kena rasuk dalam nih.’ Juan bangun terus spontan tarik tangan Akim yang tengah high semacam tu.

‘ Arghh!!..’ Dott hentak stereng kereta kuat. Tidak cukup dengan tangan kiri, dia hentak dengan tangan kanan. Geram memikirkan pasal belajar. Pasal keluarga yang tak habis-habis dengan masalah. Pasal Awin yang tak pernah faham dengan keadaan. Dott merenung jalan raya yang sesak dengan pelbagai jenis kereta.

Ramai orang yang sanggup datang ke tempat syaitan dari pergi masjid sembahyang sunat. Pakaian tak payah cakaplah. Kalau perempuan tu memang gagal la pegang title melayu dan beragama islam. Pandai ja cakap orang, aku pun sama ja dengan manusia yang berlumba-lumba pergi berexercise dekat club. Jalan di Sunway Piramid sesak. Sesak macam otak dia juga. Cakap perempuan dekat sini seksi habis, Awin tu tak seksi? 


‘ Damn it! ‘ bentak Dott kuat. Volume radio dikuatkan paling maksimum. Sambil memandu dia mengetuk-ngetuk jarinya di stereng mengikut rentak lagu Travie MacCoy. Cuba menenangkan hati dan jiwa yang sangat kusut lagi beserabut. Dott tahu dia sedang marah. Marahkan dirinya yang sangat  rasa tidak berguna. Tapi dia sebenarnya marah bila Awin minta hubungan mereka putus. Gadis itu memang tak pernah cuba fahami dirinya. Segala kemahuan Awin dia turutkan. Apa lagi yang dia mahu? Betapa dia mengharapkan sokongan dari gadis itu, tapi begini pula jadinya. Masalah makin bertambah dan datang tak berjemput. Pelajaranya yang makin merosot. Ayah pulak nak berkahwin lagi. Mama tak habis-habis minta cerai dan mengadu kepadanya. Masalah masalah. Ada awek pon tak boleh nak tolong. Terus minta putus bila aku cakap nak berhenti belajar. I do really need someone to beat off.

Siapa? Ada tak mana-mana kedai punching bag buka pukul dua pagi macam ni hah? Haish makin parahlah kau Dott. Sikit hari memang sah sah duduk dekat tanjung rambutan atau wad bahagia. 

******

No comments:

Post a Comment