Tuesday, February 12, 2013

D&A


#Bab 2

Dott mendengus geram. ‘ Apa masalah you sekarang?’

‘ I rasa you macam tak serius dengan I sayang.’ Awin tunduk. Muka gelisahnya tak dapat dibendung. Dott tenung dia tajam minta penjelasan.

‘ I tahu, I terlalu emotional. You selalu busy, jarang jumpa I. Sundenly you texted I cakap nak berhenti belajar..’

Berkerut dahi dott. ‘ Then minta putus?’ bentak Dott.

‘ You ingat I ni tak serius ke? Suka main-main macam tu?’ Dott mendengus. ‘ I really had a hard time now, and this is enough..’ Sambungnya lagi.

Geram betul dengan gadis di hadapnnya ni. Kalau kawan dan ianya lelaki boleh jugak sepak-sepak. Tapi kalau ni? Nak sepak juga? Haish mati juga anak dara orang ni nanti. Sudah berapa kali Dott menerangkan situasinya kepada Awin. Dia jarang bertemu dengan gadis itu kerana pengajiannya juga, dan gadis kononya memahami situsinya.

You nak berhenti belajar? Kita macam mana? Masa depan you nanti? I think we should stop of what we have Dot..

Tergiang-giang lagi suara Awin di talian semalam. Bahang ja dia rasa. Gadis dihadapnya bisu seribu bahasa. Gadis di hadapannya ini hanya memikirkan dirinya sendiri.

‘ I think you’re right. We should stop of what we had..’ Dott menghela nafas berat. ‘Im done, and we have done..’

Awin mendongak ke arah Dott. Dott dah lepaskan dia. Gembira ke?

‘ Buat hal masing-masing..’ terus Dott atur langkah dari situ.

‘ Dott..’ Jerit gadis itu. Dott langsung tidak berpaling.

Puas ke hati dia? Tak kisahlah janji satu masalah dah lepas. Tak guna juga kalau terus bersama kalau masing-masing ego dan asyik nak menang ja. Asyik nak bergaduh dengan masalah yang sama. Dan masalah tu pula tak pernah nak selesai. Nak pergi cari puching bag sebelum aku tumbuk mana-mana makhluk Allah yang lalu lalang kat sini.Dia mendapatkan myvi kuning yang terpakir di luar McD tersebut.

Greendays bergegar didalam poket seluar.

Mama

Kenapa pula dah. Punat hijau ditekan. ‘Assalamualaikum..’

‘Waalaikumsalam, Angah dekat mana?’

Keningnya yang tak gatal digaru. ‘Dekat damansara. Kenapa ma?’

‘Balik hari ni boleh? Ada benda nak bincang..’ Dah agak. Bala apa pula kali ni. Pasal ayah ke?  ‘Hal apa ma? Ayah ke?’

‘Nanti balik kita bincang ye. Jangan lupa tau, assalamuaikum..’


Aduh. Kusut pula fikiran. Hal apa pula kali ni. Takkan pasal ayah betul-betul nak kahwin kot? Dott telan air liur. Masalah lagi. Alarm kereta ditekan, laju tangannya membuka pintu kereta kemudian memandu laju.

Assigment berlambak-lambak. Peperiksaan lagi dua minggu lagi, Dott mengeluh. Pensyarah pun satu, demanding suka sangat bagi student rombak report final projek. Minggu lepas baru habis buat photoshoot dengan Hafiz dan Syed. Element of photography tinggal print kemudian dah boleh hantar. Lampu isyarat merah.Dott mengurut hidungnya. Jari telunjuk kirinya mengetuk stereng kereta mengikut rentak lagu Chris Daughtry. Ada lagi dua assigment lagi tak siap. Minggu depan dah dateline untuk dua assignment itu. Parahlah lepas ini kira mengadap laptop jelah buat assignment. Pointer sem lepas jatuh teruk dan teruk juga la telinganya mengadah bebelan ayah. Lampu isyarat bertukar ke warna hijau. Pedal minyak ditekan kemudian signal kiri diberi membelok ke petronas.

Minyak pun dah kurang. Laju Dott berjalan ke kaunter untuk bayar duit minyak. Masuk groceries kejap lah, dahaga pula rasa. Twister oren dicapai dari peti sejuk besar itu. Berjalan pula di rak makanan ringan, tak ada apa yang menarik perhatian pun. Terus dia ke kaunter. Harap-haraplah bukan hal yang teruk sangat yang mama nak bincangkan. Dia bukan tak nak ambil peduli hal keluarganya tapi dia juga ada komitmen lain yang perlu dia fokus. Pelajaran dia merosot pun sebab memikirkan banyak sangat masalah keluarga. Nak harapkan Alongnya, kursus sahaja memanjang.

Betul ke dia nekad nak berhenti belajar? Kalau betul itu yang dia nak tak payah lah dia susah-susah belajar dan buat assignment segala. Rasa bersalah pula dekat Akim,  Bad dan Juan sebab tinggal mereka macam itu je semalam. Dia betul-betul hilang mood nak berhibur semalam. Dah lah payah nak jumpa mereka. Memanglah unisel Shah Alam dengan Bestari Jaya tak jauh mana tapi kesibukan belajar mengehadkannya.

*********

No comments:

Post a Comment