Saturday, January 19, 2013

D&A


#Bab 1

Hujan turun renyai-renyai. Library lenggang dan agak sunyi. Manalah ada manusia yang sanggup betapa dalam library sejuk-sejuk ni. Air-cond gila maksimum habis bagi pelajar Unisel ni hampir jadi snowman. Kalau bukan sebab nak daftar subjek untuk sem depan, takdanya dia nak datang sini dengan housemates merangkap classmatesnya. Internet dekat hostel tak boleh harap langsung. Jam baru pukul empat petang.

Addin pusing kanan dan kiri. Manalah budak dua orang nih. Pergi toilet apa lama sangat, pengsan ke apa. Addin peluk tubuh. Dia nampak Ana dan Hus menuju ke arahnya sambil tersengih-sengih.

‘Sorry Addin..khusyuk dalam toilet sebab cermin besar hehe..’ Hus gelak. Ana angguk.
Dekat hostel cermin kecik. Nampak kepala ja.. sini bolehlah tengok bontot nih besar mana haha. Kan hus? ‘ Ana angkat kening. Addin dan Hus gelak.

Jom pergi little cafe.. laparlah’ Addin gosok perutnya. 

Jomlah.. Hus nak makan chicken choplah..’ Ana hanya setuju. Faham benar kalau bab makan ni.

Western food di library ni boleh tahan sedap dari mana-mana kedai dalam unisel ni. Sanggup mereka datang sini semata-mata untuk makan kadang-kadang. Hus dan Ana memang sekepala dengan dia kalau bab makan ni. Pantang diajak mesti mahu punya. Kalau ada Anis lagi best. Maklumlah hari minggu macam ni manalah nak lekat dekat unisel sebab dia kerja. Rumah pun dekat Cheras ja. Hus dekat Sepang, tapi dia jarang balik sebab nak saving sikit dia cakap. Ana pula sabah tapi kalau ikutkan hujung minggu dia keluar dengan boyfriend dia. Aku? Huh, tak payah cakaplah. Nak balik dah la jauh dekat kedah.

Hus bukan cakap nak keluar dengan Wan ke besok? Alah, duduk sorang lagi la ni?’ Addin saja tarik muka.

 Hus buat muka. ‘Tak keluarlah. Malaslah nak layan dia..kita orang kan dah takda apa-apa..buat hal masing-masing. So, anda tak sorang-sorangla besok okay.’ Bersinar-sinar muka Addin.

Aie cakap hari tu dia gi mana eh Addin?’ Tanya Ana dengan sedikit kerutan dekat dahinya.

Balik Puchong la, dia cakap mak dia balik..’ Ana muncungkan mulutnya sambil mengangguk.

Ingat jumpa Hada, dengar macam Hada nak datang sini.’ Sampuk Hus. Addin angkat bahu. ‘ entah..rasanya tak kot..’ Aie merangkap roomatenya itu memang istimewa dari yang lain. Berpegang kepada gelaran pengkid, sememangnya ramai yang sudah jelas tentang perangai dan citarasa golongan ini. Dia tidak mahu masuk campur atau melarang Aie dan kehidupan roomatenya itu. Addin takut masalah lain yang muncul sekiranya dia berbuat demikian. Mendiamkan diri adalah penyelesaian yang baik. lagipun, Aie baik dan tidak banyak kerenah.

Kan mak dia datang jemput hari khamis tu..’ Hus tepuk dahi. Ana gelak.
Kitakan sedap tido sebab kelas cancel petang tu..’

*****
 ‘hello..’

‘Assalamualaikum..’ Suara dihujung talian memberi salam. Opss!

Mak..walaikumsalam hehe..’ Addin tepuk dahi. ‘tak tidur lagi?’

Belum tidur la yang boleh telefon kamu nih..buat apa nih?’

Duduk lepak jek mak..kenapa? mak nak bank-in duit lagi ke? Hehe..’

Wahh, duit jek yang dia ingat..kenapa? dah habis ka?’ Addin sengih.

‘ Ada lagi tapi kalau nak tambah tu boleh jek..hehe..kenapa mak call?’

‘Hujung minggu depan boleh balik rumah tak?’

 Serius ja suara mak. Addin diam memikir. ‘boleh mak..kenapa ye?’  Hairan jugak. Takda angin, takda ribut tiba-tiba ja suruh balik.

ada kenduri..abang dapat kerja. Nak buat makan-makan sikit dengan doa selamat..’ Addin angguk faham. ‘ Ouh, okay mak..’

‘ Jangan lupa jumaat depan. Mak suruh abah masukkan duit nanti..’

Talian dimatikan. Buat kenduri abang? Kenduri Makcik aku kahwin hari tu takda pulak mak beria-ria telefon suruh balik. Hairan juga kenapa. Abang nak bertunang sekali ke? Mak tak cakap macam tu pun tadi.

Biar jelah. Saja kot mak suruh balik sebab aku dah lama tak balik. Online kejaplah, harap-harap internet okey. Bayar yuran asrama bukan main mahal, tapi internet macam gampang lagi. Hotspot unisel terpampam di google chrome. Kemudian facebook pula berganti. Addin mengendang jarinya di meja sementara menunggu pages facebook yang sedang loading itu.

Cuba check la kot ada siapa-siapa yang aku kenal tengan online. Notifications pun banyak, friend request pun banyak. Entah siapa-siapa tah yang rajin add aku bukan kenal pun, malas nak approved. Dari home ke profile. Tak ramai pun yang online malam ni. Addin teringat sesuatu. Bukak page Dann kejaplah hehe. Jadi stalker jap kat page dia. Addin scroll sampai habis page Dann. Tak ada apa-apa yang best pun.

Lying is never good

Addin update status. Lying is never good huh? Tapi tentang apa? Tentang hatilah. Hati dia yang sedang bohong cakap dia okey tapi tidak. Masalah dia yang satu, yang dari dulu tak selesai habis lagi. Masalah hati dia dengan Danial hakim yang tak habis-habis datang memburu meskipun sebenarnya hubungan itu dah selesai. Dah nokhtah. Tapi hati dia degil untuk lepaskan rasa sayang tu. Sangat degil sampai dia sendiri yang sakit.

Meskipun sudah lama cerita kisah dirinya dan Dann, namun hatinya masih tegar untuk melepaskan peristiwa itu pergi. Tetapi itu dulu, kini dia sudah selesa dan stabil dengan keadaan dirinya. Apa yang terjadi, biarlah berlalu. Dia tidak akan menahan atau memanggil ia semula. Dia sudah kembali kuat untuk menempuh dan meninggalkannya.

Kalau ada jodoh tak kemana Dee. Kena belajar redha..

Itu yang mak cakap. Memang betul pun, kena belajar redha.

********
*****

No comments:

Post a Comment